Thursday, August 7, 2008

Lelaki Tua lebih bahagia dari Perempuan Tua?? (PLANNED)


Kurang mampu mencapai matlamat hidup membuatkan wanita kurang gembira pada penghujung usia, walaupun kehidupan mereka pada awalnya sangat bahagia pada waktu muda. Ini dijelaskan oleh satu kajian terbaru.

Mula mendaki umur awal dewasa, wanita didapati cenderung berasa bahagia dengan kehidupan berkeluarga dan situasi kewangan.

Namun, semakin melewati usia senja, keadaan berubah. Lelaki lebih berpuas hati dengan kedududkan kewangan dan kepuasan berkeluarga, sekali gus menjadikan mereka lebih gembira.

Kajian di Amerika Syarikat (AS) itu diperincikan dalam isu keempat Journal of Happiness Studies:

* Umur 41: Lelaki mula berasa puas dengan kewangan mereka melebihi wanita

*Umur 48: Lelaki lebih bahagia berbanding wanita secara keseluruhannya dalam aspek kewangan

* Umur 64: Kepuasan lelaki dalam berkeluarga melebihi wanita.

Para pengkaji mendapati, kebahagiaan dan kepuasan dengan kehidupan diukur dengan jurang antara 'apa yang anda kehendaki' dan 'apa yang anda miliki'.

Pada awal usia 20-an, kira-kira 90 peratus lelaki dan wanita berkata, mereka mahu perkahwinan yang bahagia. Wanita biasanya didatangi perasaan bahagia lebih awal kerana kebanyakan mereka berkahwin pada umur yang lebih muda berbanding lelaki.

Pada usia 39 tahun, lelaki dan wanita, dalam kajian ini menunjukkan terdapat persamaan pada tahap kegembiraan mereka. Bagaimanapun, kepuasan wanita terhadap kehidupan berkeluarga masih lagi ada peningkatan sehingga usia 64 tahun, jika dibandingkan dengan kepuasan lelaki. Anak-anak adalah kunci kebahagiaan mereka.

Jadi, kalau dah berkeluarga itu, berbahagialah sepenuhnya dan berikan belaian kasih sayang kepada mereka dengan kebahagiaan keluarga... Selalunya lelaki nie yang perlu mengambil peranan dan bertanggungjawab dalam isu keluarga. Rasa-rasanya, nak hidup bahagia kena ada "give and take" kan? so, in class pun, kalau nak bahagia ngan kawan2, kena ada saling bertolak ansur dan bekerjasama..... kan? Enjoy!!


1 Comment Please:

Elizabeth said...

ini sebab, dari dulu sampai sekarang perempuan hanya nak satu jer perkara yang paling penting dalam hidup.. SECURITY..everything kena settle sebalum tua..hehe