Tuesday, September 9, 2008

Manchester City vs Manchester United!!

Ketua Eksekutif Manchester United, David Gill tidak berminat untuk melayan tawaran berjumlah 135 juta pound (RM829 juta) daripada Manchester City bagi mendapatkan Cristiano Ronaldo.
Rasanya, kalau saya pun jadi pengurus pasukan @ ketua eksekutif MU, saya pasti tak nak menerima tawaran itu walaupun jumlah nya amat banyak (RM 829 JUTA!!) Perghh!!!!! dapat beli macam2!! ahahah angan2!!
Apa-apa pun, Ronaldo bakal membuat penampilan pertama dalam saingan Liga Perdana England bulan ini selepas mencetuskan kontroversi dengan spekulasi perpindahan ke Real Madrid sepanjang musim panas lalu.Namun, City yang dianggap sebagai pencabar baru kepada United menyuarakan keinginan mereka untuk mendapatkan pemain sayap yang berasal dari Potugal.Sulaiman Al-Fahim, seorang ahli perniagaan yang bergelar jutawan dan telah mengambil alih kelab City menerusi syarikat Abu Dhabi United Group (ADUG) berkata, beliau bercita-cita untuk membentuk sebuah pasukan impian yang mampu bersaing dalam kempen Liga Juara-Juara beberapa tahun lagi.
Apa pun, beliau nie kan kaya gileee.. Kalau lah dia ada anak perempuan yang sebaya ngan saya nie, nak jugak saya cilok cikit kan?? heheh hampeh..Selain itu, beliau juga berhasrat untuk membuat tawaran tertinggi di dunia bagi mendapatkan bintang United itu.
Tetapi Gill berkata, impian City itu tidak mungkin akan menjadi kenyataan dan menganggapnya sebagai isu remeh.
"Ia adalah satu komen yang menarik dan saya fikir ia adalah baik untuk semua peminat," kata Gill.
"Adalah menarik apabila Alex Ferguson mengumumkan pembelian Dimitar Berbatov lebih awal meskipun kemudiannya Tottenham Hotspur membuat aduan kepada Liga Perdana.
"Dia (Al-Fahim) membuat pendedahan mengenai pembelian (Fernando) Torres dan (Cesc) Fabregas dalam artikel yang sama, jadi saya fikir kami akan anggap ia sebagai sesuatu yang terpencil.
"Saya tidak pernah bertemu seorang lelaki yang berani. Ia adalah mengenai sejumlah wang yang besar dan akan merosakkan industri ini, jadi saya yakin dia serius di semua peringkat."

3 Comment Please:

aiShaH said...

ni lah akibat bila terlebih mampu

red pineapple said...

dikalangan pelabur arab2 ni... mereka buat semua ini seakan mahukan satu kepuasan... dpt memiliki kelab, membeli pemain2 ternama.... tetapi mereka tidak melihat dr aspek pembangunan bola sepak itu....

Fac-M said...

diorang boleh beli sebab investment diorang dalam bidang sukan tinggi!semua bisnes ada kaitan dengan sukan kalau kat club-club luar arr..bila Malaysia nak jadi macam tu ek?Jomlah support KiddoKickers aku..:)